Berita

Maklumat berkaitan aktiviti dalam bidang pertanian.

Malaysia dan Indonesia Luncurkan Jaringan Komunitas AgroMadani Nusantara

Wira4

Serdang, Malaysia Dalam usaha untuk memperkukuh kerjasama dan kolaborasi dalam sektor pertanian, Malaysia dan Indonesia telah mengambil langkah besar dengan melancarkan Jaringan Komuniti AgroMadani Nusantara semasa acara MAHA 2024. Bengkel ini dihadiri oleh puluhan agropreneur dari kedua-dua negara serta negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura, menjadi saksi semangat perpaduan untuk memajukan sektor agro-bisnes di kawasan serantau.

Zulkafi Daud, Ketua Sekretariat Program, menyatakan bahawa inisiatif ini merupakan jawapan kepada cabaran global yang semakin kompleks dalam sektor pertanian. "Dengan menyatukan kekuatan, kita dapat menghadapi cabaran bersama dan memanfaatkan peluang yang ada untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing produk pertanian kita di pasaran global," ujarnya.

Fokus Utama Jaringan

Salah satu fokus utama jaringan ini adalah memperkukuh kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan. Para peserta bengkel berbincang mengenai pelbagai peluang kerjasama, dari pembangunan varieti unggul yang tahan terhadap perubahan iklim, penerapan teknologi pertanian moden seperti pertanian presisi, hingga peningkatan kualiti pascapanen

Selain itu, jaringan ini juga akan memfasilitasi kerjasama dalam bidang pemasaran produk pertanian. Dengan menggabungkan kekuatan pasaran setiap negara, diharapkan produk pertanian dari kawasan Nusantara dapat menembusi pasaran global dengan lebih mudah.

"Melalui jaringan ini, kita dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan sumber daya untuk meningkatkan kesejahteraan petani dan masyarakat luar bandar," tambah DR Abdul Malik, Penyelidik Utama Pertanian.

Kemitraan Strategis untuk Masa Depan

Kemitraan antara Malaysia dan Indonesia dalam sektor pertanian bukanlah hal baru. Namun, inisiasi jaringan komunitas AgroMadani Nusantara ini diharapkan dapat membawa hubungan bilateral kedua negara ke tingkat yang lebih tinggi. “Kerja sama ini tidak hanya akan menguntungkan kedua negara, tetapi juga akan memberikan kontribusi positif bagi kawasan Asia Tenggara secara keseluruhan,” ujar Eko Suryono (Presidium PPM Indonesia]

Langkah Selanjutnya

Selepas bengkel ini, para peserta akan membentuk pasukan kerja untuk menyusun pelan tindakan yang lebih konkrit. Pelan tindakan ini akan merangkumi pelbagai aktiviti, seperti:

  • Pertukaran Pengetahuan dan Teknologi Melalui lawatan kajian, latihan, dan persidangan
  • Pembangunan Produk Bersama: Dengan menggabungkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan dari setiap negara.
  • Pembentukan Pasaran Bersama Untuk meningkatkan daya saing produk pertanian di pasaran global.

Dengan semangat kerjasama dan kolaborasi, diharapkan jaringan komuniti AgroMadani Nusantara dapat menjadi pemacu utama dalam memajukan sektor pertanian di kawasan ini.

Salah satu peserta dari delegasi PPM Indonesia juga memaparkan bagaimana Indonesia yang begitu luas telah memperuntukkan 20 peratus untuk ketahanan pangan, meliputi ketahanan pangan nabati, hewani, pertanian, dan industri pertanian di setiap desa.

Leave your comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYBahasa Melayu